SELAMAT DATANG KE LAMAN SESAWANG SKSK

SELAMAT DATANG KE LAMAN SESAWANG SKSK
Semoga semua pelajar yang telah menduduki peperiksaan PMR tempohari mendapat keputusan yg baik selayaknya dgn usaha kamu, berbekalkan rahmat dr Tuhanmu, doa dr ibubapamu,dan ilmu yg tlh disampaikan oleh guru2mu, ... Luv to hear good news from uols. :)


Dapatkan Mesej Bergambar di Sini
date Rabu, 22 Disember 2010
Salam Maal Hijrah 1432H


Dapatkan Mesej Bergambar di Sini
date Selasa, 7 Disember 2010
Selamat Bercuti Diucapkan Kepada Semua Guru Dan Murid SKSK

  • Berhati-hati di mana juga anda berada.
  • Jaga kesihatan.
  • Semoga gembira selalu.


date Sabtu, 20 November 2010
JASAMU DIKENANG!

Tahniah diucapkan kepada Pn.Suriati Binti Mohd Hussin, Pn. Norhazleen Binti Hussin @Hussaini,  En. Mohd. Hairunnizam Bin Abduloh, Pn.Nazirah Binti Saad, dan Ustazah Siti Isnaini Binti Mas'ud yang dapat bertukar ke sekolah yang baru dekat dengan keluarga masing-masing. Selamat Berkhidmat di sekolah yang baru. Jasa bakti kalian di SKSK akan kami seluruh warga sekolah kenang selamanya.


date
Syabas Dan Tahniah!!
Sekalung tahniah diucapkan kepada SK Sungai Keli di atas pencapaian UPSR yang cemerlang pada tahun ini. Syabas juga diucapkan kepada semua murid Tahun 6 Elit dan guru. 


Pelajar yang memperolehi keputusan UPSR yang cemerlang Tahun 2010:



  • Syarifah Nur Shaqina Binti Syed Shabahar - 5A
  • Syarifah Ramizah Binti Syed Omar - 5A
  • Azeana Azidah Binti Mohd Radzi -5A
  • Muhammad Zikri Hakim Bin Zakaria - 4A 1B
  • Muhammad Hakkim Bin Azman - 4A 1B
date Khamis, 11 November 2010
Tarikh: 20. 10. 2010
Hari: Rabu
Tempat: Dewan Kantin Sekolah

Guru-guru SKSK Bagi Tahun 2010

Staf SKSK Bagi Tahun 2010

Warga SKSK Tahun 2010




date Selasa, 19 Oktober 2010
Lawatan Sambil Belajar Ke Kuala Lumpur
Tarikh: 9 Oktober 2010
Hari: Sabtu
Tempat-tempat yang dilawati:
  1. KLCC
  2. Petrosains
  3. Zoo Negara
Diharapkan semua murid dapat menimba pelbagai ilmu yang baru hasil daripada lawatan ini.






















date Sabtu, 16 Oktober 2010

Dapatkan Mesej Bergambar di Sini
date Sabtu, 18 September 2010
date Khamis, 12 Ogos 2010
Agenda: Sambutan Hari Guru SKSK Tahun 2010
Tarikh: 17 Mei 2010
Hari : Isnin
Penglibatan : Semua guru/staf/murid.
Aktiviti:



date Jumaat, 28 Mei 2010
Agenda: Gotong-royong Perdana SKSK
Tarikh: 16 Mei 2010
Hari: Sabtu
Penglibatan: Semua guru, ajk PIBG, ibubapa dan murid-murid Tahp 2
Aktiviti:
1) Menaikkan pagar sekolah
2) Menanam pokok bunga dan pokok buah-buahan
3) Mengecat pagar dan tembok sekolah
4) Mengecat Kelas Pra SKSK
5) Menceriakan PSS
date
"Guru Pembina Negara Bangsa"

date Sabtu, 15 Mei 2010

Terima Kasih Cikgu

Jasamu akan dikenang. Teruskan usahamu mendidik anak bangsa dengan ikhlas hati.



Ucapan "Selamat Hari Guru" ditujukan kepada semua guru yang sedang berkhidmat di SKSK dan juga kepada semua insan yang bergelar guru. Semoga kalian beroleh barokah di dunia dan akhirat.


date
SELAMAT MENYAMBUT HARI PEKERJA
Ditujukan Khas Buat Semua Yang Bergelar Pekerja

"KERJA BUKAN SEKADAR MENCARI REZEKI TETAPI KERJA BERPAHALA"
Bekerjalah seikhlas hati....



date Sabtu, 1 Mei 2010
SIAPAKAH YANG HARUS DIPERSALAHKAN?


SHAH ALAM: Keluarga Allahyarham Aminulrasyid Amzah, 15, mahu pihak berkuasa menyiasat kematian pelajar tingkatan tiga itu secara adil tanpa menyebelahi mana-mana pihak
Ibu mangsa, Norsiah Mohamad, 60, berkata beliau tidak mahu menuduh sesiapa, sebaliknya mahu mencari kebenaran supaya ia dapat diselesaikan dengan cara sebaik.
Katanya, masih terlalu awal untuknya membuat keputusan sama ada mahu mengambil tindakan undang atau tidak dan pihaknya kini menunggu siasatan polis.
“Saya sebagai waris mahu polis siasat lebih adil untuk keluarga. Biar dia dibela sewajarnya.
“Saya tahu anak saya, dia bukan penjenayah atau terbabit dengan mana-mana aktiviti jenayah.
“Kita minta polis siasat, bila tahu nanti siapa yang betul atau salah, baru kita ambil tindakan,” katanya ketika ditemui di kediamannya di sini, semalam.
Norsiah yang juga ibu tunggal pada masa sama turut menafikan laporan media kononnya anak bongsunya daripada lapan beradik itu terbabit dalam aktiviti jenayah.
“Akhbar kata dia (Aminulrasyid) penjenayah. Ini yang menyebabkan kita kurang puas hati.
“Ia boleh mengaibkan keluarga saya, jadi saya terpanggil untuk menceritakan perkara sebenar supaya ia tidak disensasikan sehingga mengguris hati kami,” katanya dalam nada sebak.
Menceritakan latar belakang, anak kesayangannya itu, Norsiah berkata, Aminulrasyid aktif bersukan dan pernah mewakili sekolahnya dalam beberapa pertandingan peringkat daerah.
“Malah, dia banyak sijil dan piala yang dia dapat dalam bersukan. Jadi macam mana dia boleh terbabit dalam jenayah,” katanya mempersoalkan kewajaran polis menembak mati anaknya.
Kakak mangsa, Nor Azura Amzah, 39, berharap saksi yang melihat kejadian itu supaya tampil bagi memberi kerjasama kepada polis menyiasat kejadian itu.
“Saya percaya ramai yang melihat kejadian ini, jadi saya harap mereka tampil bagi membela adik saya.



date
        Temasya Sukan Tahunan SK Sungai Keli 2010
Hari: Khamis
Tarikh: 15 April 2010
Masa: 2.30pm-6.30pm
Tempat: Padang SKSK

         Segala puji bagi Allah SWT di atas rahmat dan keizinanNYA, Temasya Sukan Tahunan SKSK 2010 telah dapat dilaksanakan dengan jayanya. Yang berusaha Guru Besar SK Sungai Keli (SKSK) En. Zainudin B. Abd Manap, YDP PIBG SKSK Tn. Syed Shabahar B. Syed Mohamed, Guru Kanan Kokurikulum Pn. Suriati Bt. Mohd Hussin, guru-guru kanan, guru-guru dan seterusnya warga SKSK mengucapkan  ribuan terima kasih kepada En. Alias Bin Sali, Penyelia Kanan Sukan di PPD Hilir Perak kerana telah sudi datang bagi merasmikan temasya sukan SKSK pada kali ini. Ucapan terima kasih juga ditujukan kepada Guru Besar SK Teluk Buloh Tn. Hj. Ahmad Rofee B. Saring, Guru Besar SK Sungai Buloh En. Tarmizi B. Lop Hashim, Guru Besar SK Hutan Melintang Tn. Hj. Kamalodin B. Mohamad, dan Guru Besar SK Ulu Bernam En. Zainal B. Bahari kerana telah sudi datang meraikan temasya sukan tahunan SKSK. Terima kasih juga diucapkan kepada semua penaja(syarikat/individu) yang telah memberi tajaan kepada SKSK bagi menjayakan temasya sukan pada kali ini. Kepada semua guru, staf, ajk PIBG, ibubapa dan murid yang telah bertungkus lumus dari awal hingga ke akhir temasya ini berlangsung, pihak sekolah merakamkan juataan terima kasih.
          Sekalung tahniah diucapkan kepada semua murid yang telah melibatkan diri dalam semua acara yang telah dipertandingkan pada temasya sukan kali ini. Semangat kesukanan dan kerjasama dalam pasukan yang telah ditunjukkan oleh semua murid adalah sangat membanggakan. Kalah menang semangnya sudah menjadi adat pertandingan. Bagi yang menang, tingkatkan prestasi anda. Manakala bagi yang tewas jangan pula berputus asa, teruskan usaha.
          Juara Rumah bagi temasya sukan kali ini jatuh kepada Rumah Rajawali, tempat kedua jatuh kepada Rumah Kenyalang dan tempat ketiga jatuh kepada Rumah Cenderawasih. Ternayata Rumah Cenderawasih gagal mempertahankan takhta kejuaraannya yang telah diperolehi pada tahun lepas.

Merah bukan sebarang merah
Merahmu bara semangat waja
 Merah Rajawali pantang menyerah
Merah telah merebut takhta. 

          Olahragawan sekolah pada tahun ini telah dirangkul oleh adik Muhammad Hakkim B. Azman, manakala Olahragawati sekolah telah diraih oleh adik Nur Hidayah Bt. Nor Fazlie. Bagi Pertandingan Menghias Rumah Sukan, Rumah Rajawali telah dinobatkan sebagai Rumah Tercantik. Tahniah diucapkan kepada semua ibubapa/penjaga yang telah menjayakan pertandingan ini. Seterusnya Johan bagi pertandingan Perbarisan telah dimenangi oleh Rumah Cenderawasih.

Burung syurga gelarannya dapat,
Megah di awan Cenderawasih nan hebat,
 Johan perbarisan telah dinobat,
Kuning Cenderawasih kuning berdaulat.

        Tidak dilupakan juga, adik-adik cilik dari Prasekolah SKSK yang telah bersama-sama menunjukkan semangat juang yang tinggi pada temasya sukan kali ini, tahniah diucapkan. Acara prasekolah yang telah dipertandingkan ialah lari terus 50meter lelaki dan perempuan, acara bawa bola ping pong dalam sudu, aiskrim gergasi, dan isi air dalam botol. Adik-adik cilik Prasekolah SKSK juga telah mempesembahkan sebuah tarian yang bertajuk "Ku Bukan Superstar". Manakala adik-adik Tahap 1 SKSK pula telah mempersembahkan pergerakan kreatif diiringi dengan lagu Cinta Kosmik oleh The Fabulous Cats.

Biru Kenyalang terbang tinggi,
Biru perpaduan gagah menyaingi,
Kenyalang usahlah bersedih hati,
Tahun hadapan kita gempur lagi.

Kalau ada sumur di ladang,
Boleh kami menumpang mandi,
Kalau ada umur yang panjang,
Temasya Sukan SKSK kami adakan lagi.

Berikut adalah antara foto-foto yang telah sempat kami rakamkan sepanjang Temasya Sukan SKSK ini berlangsung:














date Jumaat, 16 April 2010

Dapatkan Mesej Bergambar di Sini


Sekalung TAHNIAH diucapkan kepada  guru Prasekolah SKSK Pn. Nazirah Bt Saad di atas kehadiran cahaya mata yang baru dan selamat kembali menjalankan tugas di SKSK.
date Jumaat, 26 Mac 2010
" Kerana Pulut Santan Binasa,
Kerana Mulut Badan Binasa"

Maksud Hadis Rasulullah SAW:
Diam itu adalah lebih baik daripada berkata-kata.
Lidah orang mukmin menurut hatinya, bila dia hendak berbicara difikirkannya dahulu sebelum disalurkan ke lidahnya.
date Rabu, 24 Mac 2010
Majlis Tilawah Al-Quran (MTQ) Kelompok 5

Majlis Tilawah Al-Quran Peringkat Kelompok 5 telah diadakan di SK HUTAN MELINTANG pada 23 Mac 2010.. Antara acara-acara yang telah dipertandingkan ialah acara Tilawah Al-Quran, Bercerita, dan Hafazan bagi kategori lelaki dan perempuan. Sekalung tahniah diucapkan kepada adik ZIKRI HAKIM BIN ZAKARIA kerana telah memenangi tempat kedua bagi acara Hafazan, dan ucapan tahniah juga diucapkan kepada adik AZZAIRI BIN KAMARUDIN, MUHAMMAD HAKKIM BIN AZMAN, SYARIFAH RAMIZAH BINTI SYED OMAR, SYARIFAH NUR SYAQINA BINTI SYED SHABAHAR, AZEANA AZIDAH BT MOHD RADZI di atas penyertaan mereka.


date Selasa, 23 Mac 2010
Pembelajaran Interaktif Melalui Internet




  1. Program Pembelajaran Interaktif Melalui Internet, Zoom-A lahir daripada hasil perkongsian bijak Gabungan Majlis Guru Besar dan One Touch Education sdn. bhd untuk menyahut seruan kerajaan ke arah peluasan Sekolah Bestari.
  2. Zoom-A telah dilancarkan pada 20 Julai 2004 di Hotel Grand River View, Kota Bharu oleh Timbalan Menteri Pelajaran YB Dato' Mahadzir B. Mohd Khir.
  3. Program ini telah mendapat persetujuan Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia, Kementerian Pelajaran Malaysia.
  4. Terdapat pelbagai kelebihan dan keistimewaan Zoom-A antaranya ialah dapat membantu proses P&P, memperkasakan Sekolah Kebangsaan melalui e-pembelajaran dan banyak lagi
  5. Diharap agar semua guru dapat mengaplikasikan semua informasi yang terdapat pada  laman ini dengan sebaik mungkin dalam menyampaikan dan menyebarkan ilmu kepada semua murid.


P/S: Perhatian kepada semua guru SKSK sila dapatkan ID dan PSWD anda dari ADMIN@SKSK sebelum melayari laman zoom-a ini. Terima kasih.
date Ahad, 7 Mac 2010

Maksud Sabda Rasulullah Sallallahualaihiwasallam:
"Menuntut ilmu adalah wajib ke 
               atas setiap orang Islam"                                    
date Sabtu, 6 Mac 2010
"Apabila Si Kecil Beraksi Di Depan Lensa"

Khalifah kecil  Prasekolah SKSK Tahun 2010 adalah seramai 18 orang. Semuanya comel-comel belaka. Apabila diminta untuk beraksi di depan lensa bersama-sama dengan rekaan masing-masing, mereka dengan pantas memberikan aksi seperti berikut:


date Jumaat, 5 Mac 2010


"Betulkan yang biasa,
Biasakan yang betul."
date
Sambutan Maulidur Rasul 1431H

Tarikh: 5 Mac 2010
Hari: Jumaat
Masa: 9.00pg
Tempat: Dewan Kantin SKSK
Penceramah Jemputan: Ust. Mohd Fairuz B. Abd. Hadi

Aturcara Majlis 
8.30pg  : Berkumpul di Masjid Kg Kota, berarak ke 
                sekolah sambil berselawat.
9.00pg  : Ucapan Guru Besar 
                               @En. Zainudin B. Abd Manap
                 Persembahan Murid
                               @ Sajak - Ya Rasulullah 
                               (Adik Haris Fadillah B. Muhamad)
                               @ Nasyid- Nur Selawat 
                               (Kumpulan As-Syakirin)
                 Ceramah Maulidur Rasul
                               @ Oleh Ustaz Mohd Fairuz B. Abd Hadi
                 Penyampaian Hadiah
                               @ Pertandingan Mewarna
                               @ Kuis Agama Islam
                               @ Pertandingan mencipta sepanduk

                 Penyampaian Cenderahati 
10.30pg : Jamuan
                  Bersurai- Murid meneruskan P&P 
                                   di kelas masing-masing.


                 
date
date Selasa, 2 Mac 2010
Tarikh: 27 Februari 2010
Hari: Sabtu
Masa: 9.00am-1.30am
Aktiviti:
  1. Melakar gambar bendera pada replika 1 Malaysia.
  2. Mewarna mural replika 1 Malaysia.
Jutaan terima kasih diucapkan kepada guru-guru SKSK yang sudi meluangkan masa untuk hadir menyiapkan aktiviti pada hari ini. Replika 1 Malaysia ini telah berjaya disiapkan sepenuhnya dan akan dirasmikan oleh Tn. Guru Besar SK Sungai Keli iaitu En. Zainudin Bin Abd Manap pada hari Isnin depan bersamaan dengan 1 Mac 2010.









date Jumaat, 26 Februari 2010

Dapatkan Mesej Bergambar di Sini
date
Maulid Nabi

  • Maulid nabi berasal daripada perkataan Arab yang bertaksud melahirkan tetapi bagi konteks kita pada hari ini ianya dirujuk kepada Hari Keputraan Nabi Muhammad Sallallahualaihiwasallam.
  • Selamat Menyambut Hari Keputraan Nabi Muhammad Sallallahualaihiwasallam daripada kami seluruh warga SKSK semoga kita dapat sama-sama mengamalkan sunnah baginda dalam kehidupan kita seharian.
  • Serta semoga beroleh syafaat Baginda di akhirat kelak. Ameen.

SKSK akan mengadakan sambutan Maulidur Rasul pada 5 Mac 2010. Diharapkan semua program yang telah dirancang akan dapat dilaksanakan dengan sebaik mungkin. 
date
Subjek: Replika 1 MALAYSIA
Tarikh mula dibina: 01 Februari 2010
Tarikh siap dibina: 27 Februari 2010
Tarikh dirasmikan: 01 Mac 2010
Dirasmikan oleh:
Cetusan Idea: En.Zainudin B.Abd.Manap (GB SKSK)



date Isnin, 22 Februari 2010
date
Majlis ini telah diadakan bagi memperingati jasa guru-guru dan staf yg pernah berkhidmat dan mencurahkan bakti di sekolah ini dan juga untuk mengucapkan tahniah kepada guru-guru yang telah mendapat cahaya mata serta berpindah ke rumah baru.


date Rabu, 10 Februari 2010
Laman ini sedang dinaiktaraf.
date Selasa, 2 Februari 2010