SELAMAT DATANG KE LAMAN SESAWANG SKSK

SELAMAT DATANG KE LAMAN SESAWANG SKSK

Dapatkan Mesej Bergambar di Sini


Sekalung TAHNIAH diucapkan kepada  guru Prasekolah SKSK Pn. Nazirah Bt Saad di atas kehadiran cahaya mata yang baru dan selamat kembali menjalankan tugas di SKSK.
date Jumaat, 26 Mac 2010
" Kerana Pulut Santan Binasa,
Kerana Mulut Badan Binasa"

Maksud Hadis Rasulullah SAW:
Diam itu adalah lebih baik daripada berkata-kata.
Lidah orang mukmin menurut hatinya, bila dia hendak berbicara difikirkannya dahulu sebelum disalurkan ke lidahnya.
date Rabu, 24 Mac 2010
Majlis Tilawah Al-Quran (MTQ) Kelompok 5

Majlis Tilawah Al-Quran Peringkat Kelompok 5 telah diadakan di SK HUTAN MELINTANG pada 23 Mac 2010.. Antara acara-acara yang telah dipertandingkan ialah acara Tilawah Al-Quran, Bercerita, dan Hafazan bagi kategori lelaki dan perempuan. Sekalung tahniah diucapkan kepada adik ZIKRI HAKIM BIN ZAKARIA kerana telah memenangi tempat kedua bagi acara Hafazan, dan ucapan tahniah juga diucapkan kepada adik AZZAIRI BIN KAMARUDIN, MUHAMMAD HAKKIM BIN AZMAN, SYARIFAH RAMIZAH BINTI SYED OMAR, SYARIFAH NUR SYAQINA BINTI SYED SHABAHAR, AZEANA AZIDAH BT MOHD RADZI di atas penyertaan mereka.


date Selasa, 23 Mac 2010
Pembelajaran Interaktif Melalui Internet




  1. Program Pembelajaran Interaktif Melalui Internet, Zoom-A lahir daripada hasil perkongsian bijak Gabungan Majlis Guru Besar dan One Touch Education sdn. bhd untuk menyahut seruan kerajaan ke arah peluasan Sekolah Bestari.
  2. Zoom-A telah dilancarkan pada 20 Julai 2004 di Hotel Grand River View, Kota Bharu oleh Timbalan Menteri Pelajaran YB Dato' Mahadzir B. Mohd Khir.
  3. Program ini telah mendapat persetujuan Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia, Kementerian Pelajaran Malaysia.
  4. Terdapat pelbagai kelebihan dan keistimewaan Zoom-A antaranya ialah dapat membantu proses P&P, memperkasakan Sekolah Kebangsaan melalui e-pembelajaran dan banyak lagi
  5. Diharap agar semua guru dapat mengaplikasikan semua informasi yang terdapat pada  laman ini dengan sebaik mungkin dalam menyampaikan dan menyebarkan ilmu kepada semua murid.


P/S: Perhatian kepada semua guru SKSK sila dapatkan ID dan PSWD anda dari ADMIN@SKSK sebelum melayari laman zoom-a ini. Terima kasih.
date Ahad, 7 Mac 2010

Maksud Sabda Rasulullah Sallallahualaihiwasallam:
"Menuntut ilmu adalah wajib ke 
               atas setiap orang Islam"                                    
date Sabtu, 6 Mac 2010
"Apabila Si Kecil Beraksi Di Depan Lensa"

Khalifah kecil  Prasekolah SKSK Tahun 2010 adalah seramai 18 orang. Semuanya comel-comel belaka. Apabila diminta untuk beraksi di depan lensa bersama-sama dengan rekaan masing-masing, mereka dengan pantas memberikan aksi seperti berikut:


date Jumaat, 5 Mac 2010


"Betulkan yang biasa,
Biasakan yang betul."
date
Sambutan Maulidur Rasul 1431H

Tarikh: 5 Mac 2010
Hari: Jumaat
Masa: 9.00pg
Tempat: Dewan Kantin SKSK
Penceramah Jemputan: Ust. Mohd Fairuz B. Abd. Hadi

Aturcara Majlis 
8.30pg  : Berkumpul di Masjid Kg Kota, berarak ke 
                sekolah sambil berselawat.
9.00pg  : Ucapan Guru Besar 
                               @En. Zainudin B. Abd Manap
                 Persembahan Murid
                               @ Sajak - Ya Rasulullah 
                               (Adik Haris Fadillah B. Muhamad)
                               @ Nasyid- Nur Selawat 
                               (Kumpulan As-Syakirin)
                 Ceramah Maulidur Rasul
                               @ Oleh Ustaz Mohd Fairuz B. Abd Hadi
                 Penyampaian Hadiah
                               @ Pertandingan Mewarna
                               @ Kuis Agama Islam
                               @ Pertandingan mencipta sepanduk

                 Penyampaian Cenderahati 
10.30pg : Jamuan
                  Bersurai- Murid meneruskan P&P 
                                   di kelas masing-masing.


                 
date
date Selasa, 2 Mac 2010