SELAMAT DATANG KE LAMAN SESAWANG SKSK

SELAMAT DATANG KE LAMAN SESAWANG SKSK
        Temasya Sukan Tahunan SK Sungai Keli 2010
Hari: Khamis
Tarikh: 15 April 2010
Masa: 2.30pm-6.30pm
Tempat: Padang SKSK

         Segala puji bagi Allah SWT di atas rahmat dan keizinanNYA, Temasya Sukan Tahunan SKSK 2010 telah dapat dilaksanakan dengan jayanya. Yang berusaha Guru Besar SK Sungai Keli (SKSK) En. Zainudin B. Abd Manap, YDP PIBG SKSK Tn. Syed Shabahar B. Syed Mohamed, Guru Kanan Kokurikulum Pn. Suriati Bt. Mohd Hussin, guru-guru kanan, guru-guru dan seterusnya warga SKSK mengucapkan  ribuan terima kasih kepada En. Alias Bin Sali, Penyelia Kanan Sukan di PPD Hilir Perak kerana telah sudi datang bagi merasmikan temasya sukan SKSK pada kali ini. Ucapan terima kasih juga ditujukan kepada Guru Besar SK Teluk Buloh Tn. Hj. Ahmad Rofee B. Saring, Guru Besar SK Sungai Buloh En. Tarmizi B. Lop Hashim, Guru Besar SK Hutan Melintang Tn. Hj. Kamalodin B. Mohamad, dan Guru Besar SK Ulu Bernam En. Zainal B. Bahari kerana telah sudi datang meraikan temasya sukan tahunan SKSK. Terima kasih juga diucapkan kepada semua penaja(syarikat/individu) yang telah memberi tajaan kepada SKSK bagi menjayakan temasya sukan pada kali ini. Kepada semua guru, staf, ajk PIBG, ibubapa dan murid yang telah bertungkus lumus dari awal hingga ke akhir temasya ini berlangsung, pihak sekolah merakamkan juataan terima kasih.
          Sekalung tahniah diucapkan kepada semua murid yang telah melibatkan diri dalam semua acara yang telah dipertandingkan pada temasya sukan kali ini. Semangat kesukanan dan kerjasama dalam pasukan yang telah ditunjukkan oleh semua murid adalah sangat membanggakan. Kalah menang semangnya sudah menjadi adat pertandingan. Bagi yang menang, tingkatkan prestasi anda. Manakala bagi yang tewas jangan pula berputus asa, teruskan usaha.
          Juara Rumah bagi temasya sukan kali ini jatuh kepada Rumah Rajawali, tempat kedua jatuh kepada Rumah Kenyalang dan tempat ketiga jatuh kepada Rumah Cenderawasih. Ternayata Rumah Cenderawasih gagal mempertahankan takhta kejuaraannya yang telah diperolehi pada tahun lepas.

Merah bukan sebarang merah
Merahmu bara semangat waja
 Merah Rajawali pantang menyerah
Merah telah merebut takhta. 

          Olahragawan sekolah pada tahun ini telah dirangkul oleh adik Muhammad Hakkim B. Azman, manakala Olahragawati sekolah telah diraih oleh adik Nur Hidayah Bt. Nor Fazlie. Bagi Pertandingan Menghias Rumah Sukan, Rumah Rajawali telah dinobatkan sebagai Rumah Tercantik. Tahniah diucapkan kepada semua ibubapa/penjaga yang telah menjayakan pertandingan ini. Seterusnya Johan bagi pertandingan Perbarisan telah dimenangi oleh Rumah Cenderawasih.

Burung syurga gelarannya dapat,
Megah di awan Cenderawasih nan hebat,
 Johan perbarisan telah dinobat,
Kuning Cenderawasih kuning berdaulat.

        Tidak dilupakan juga, adik-adik cilik dari Prasekolah SKSK yang telah bersama-sama menunjukkan semangat juang yang tinggi pada temasya sukan kali ini, tahniah diucapkan. Acara prasekolah yang telah dipertandingkan ialah lari terus 50meter lelaki dan perempuan, acara bawa bola ping pong dalam sudu, aiskrim gergasi, dan isi air dalam botol. Adik-adik cilik Prasekolah SKSK juga telah mempesembahkan sebuah tarian yang bertajuk "Ku Bukan Superstar". Manakala adik-adik Tahap 1 SKSK pula telah mempersembahkan pergerakan kreatif diiringi dengan lagu Cinta Kosmik oleh The Fabulous Cats.

Biru Kenyalang terbang tinggi,
Biru perpaduan gagah menyaingi,
Kenyalang usahlah bersedih hati,
Tahun hadapan kita gempur lagi.

Kalau ada sumur di ladang,
Boleh kami menumpang mandi,
Kalau ada umur yang panjang,
Temasya Sukan SKSK kami adakan lagi.

Berikut adalah antara foto-foto yang telah sempat kami rakamkan sepanjang Temasya Sukan SKSK ini berlangsung:














date Jumaat, 16 April 2010