SELAMAT DATANG KE LAMAN SESAWANG SKSK

SELAMAT DATANG KE LAMAN SESAWANG SKSK
Selamat Tahun Baru 2012

Muslim yang sejati adalah mereka yang menyelamatkan Muslim yang lain dari lidah dan tangannya itu: Manakala mereka yang berhijrah ialah mereka yang meninggalkan semua larangan Allah. (Hadith Riwayat Al-Bukhari)


date Sabtu, 31 Disember 2011


Selamat datang diucapkan kepada
guru besar SK Sungai Keli yang baru:

EN. BAHARUDDIN BIN IBRAHIM

Semoga dengan kehadiran cikgu, 
SKSK akan lebih cemerlang. 
InsyaAllah.

date Rabu, 30 November 2011
date Ahad, 27 November 2011
Pencapaian UPSR 2011



% Lulus setiap subjek:


BM(K) - 100%


BM(P) - 100%


BI      - 52.9%


Mate   - 100%

Sains  - 100%



Pencapaian terbaik murid:


1-Azzairy Bin Kamarudin (4A1B)


2-Intan Nur Farissya Bt Azhan(4A1B)


3-Nurul Syafiqah Bt Abu Hassan Saari(4A1B)

Tahniah juga diucapkan kepada semua murid tahun 6 Elit 2011.
date Khamis, 17 November 2011
Majlis Persaraan Tuan Guru Besar SK Sungai Keli
En. Zainudin Bin Abd Manap PPT.





"Seluruh warga SK Sungai Keli  mengucapkan Selamat Bersara kepada Guru Besar SK Sungai Keli En. Zainudin Bin Abd Manap PPT. Semoga cikgu diberkati Allah dunia dan akhirat, Ameen."

date Isnin, 7 November 2011
date Isnin, 16 Mei 2011
"SELAMAT  HARI GURU, Cikgu..."
Tema: Guru Penjana Transformasi Pendidikan Negara

Sambutan hari guru peringkat SKSK akan diadakan seperti berikut:
Tarikh  : 16 Mei 2011
Hari      : Isnin
Masa    : 7.30pagi hingga 1.05 tgh hari 
Tempat : SKSK


Aturcara Majlis:
 7.30pagi                  : Berkumpul di dataran sekolah
 7.45pagi                  : Perhimpunan


                                  1) Ucapan  Khas Guru Besar
                                  2) Ucapan YDP PIBG
                                  3) Ucapan PPD 
                                  (En. Mohamad Shahrir Bin Abd Hadi)
                                  4) Bacaan Perutusan
 9.00pagi                   : Permainan
                                  1) Bola Sepak
                                  (guru, staf, ajk pibg, dan murid lelaki)
                                  2) Boling Kelapa
                                  (guru, staf, ajk pibg dan murid perempuan)
10.00pagi              :Penyampaian hadiah untuk acara permainan.
10.30pagi              :Rehat/ Jamuan
11.00pagi              : AJK PIBG beredar meninggalkan majlis
11.15pagi              : Berkumpul di kantin sekolah
                               1) Persembahan murid
                               2) Permainan dalaman
                               3) Penyampaian hadiah
1.05petang            : Penutup/ Bersurai



Muat Turun:
1)Perutusan YAB PM
2)Perutusan Pengarah KPM
3)Lagu Guru Malaysia
4)Lagu Tema Hari Guru 2011
5)Lirik Lagu Guru Malaysia
6)Lirik Lagu Tema 2011
7)Ikrar Hari Guru







date Rabu, 11 Mei 2011
Alhamdulillah, KBS Tahun 2011 kali pertama telah dapat dilaksanakan dengan jayanya.

Hari         : Sabtu
Masa       : 8.00pagi hingga 12.00 tengah hari
Tempat    : SKSK

Seramai 30 orang murid dari tahun 1, 2, 3, dan 5 orang guru terlibat. Segala aktiviti yang telah dirancang telah dapat dilaksanakan dengan baik. Semua murid telah melibatkan diri secara aktif dan menunjukkan minat.


Lagi gambar di page facebook sksk.

date Ahad, 27 Mac 2011
Al-Fatihah



Ustazah Khairiah Binti Buntak telah kembali ke rahmatullah pada pagi Khamis 10/03/2011. Salam takziah diucapkan kepada keluarga allahyarhamah. Semoga rohnya ditempatkan besama para solihin. Amin.
date Sabtu, 12 Mac 2011
"Selamat Menyambut Maulidur Rasul 1432H"


Tema  : 1 Malysia 1 Ummah

Difahamkan, pemilihan tema ini bertujuan menyeru seluruh umat Islam supaya bersatu dengan menyayangi agama, bangsa dan negara serta menanam azam bagi melahirkan satu ummah yang mampu membawa kedamaian dan keadilan berpaksikan kepada Al-Quran dan As-Sunah.

date Isnin, 14 Februari 2011
Al-Fatihah



Cikgu Ibrahim Bin Talib, mantan Guru Kanan HEM SK Sungai Keli telah kembali ke rahmatullah pada pagi kelmarin, Jumaat 04/02/2011. Salam takziah diucapkan kepada keluarga allahyarham. Semoga rohnya ditempatkan besama para solihin. Amin.

date Jumaat, 4 Februari 2011