SELAMAT DATANG KE LAMAN SESAWANG SKSK

SELAMAT DATANG KE LAMAN SESAWANG SKSK

Alhamdulillah, Syukur ke hadrat Illahi... Warga SKSK mengucapkan sekalung tahniah kepada adik AZEANA AISHAH BINTI MOHD RADZI kerana telah mendapat 5A dalam peperiksaan UPSR, tahniah juga diucapkan kepada semua murid Tahun 6 Elit 2012. Peratus lulus tahun ini ialah 70.5% meningkat sebanyak 20% berbanding tahun lepas. 
date Ahad, 18 November 2012
Salam Ramadhan, selamat menunaikan ibadah puasa. Semoga kita semua beroleh barokah & maghfirah.


date Sabtu, 21 Julai 2012






date Isnin, 21 Mei 2012
Sambutan Hari Guru & Hari Pekerja 2012 Peringkat SK Sungai Keli 
telah berlangsung dengan meriahnya pada tanggal 
16 Mei 2012 yang lalu, pelbagai aktiviti telah dilaksanakan. 
Antaranya ialah perasmian, sukaneka, bacaan perutusan, persembahan guru dan murid, 
acara memotong kek, bertukar2 hadiah, penyampaian hadiah 
dari murid kepada guru-guru. 
Sila layari FB SKSK, untuk melihat gambar2 aktiviti pada hari tersebut. 
Kami seluruh warga SKSK dengan ini mengucapkan :

SELAMAT HARI GURU
HARI PEKERJA

2012


date
 Alhamdulillah Pertandingan Catur Peringkat Kelompok 5 telah dapat dilaksanakan dengan baik pada 4 April 2012 (Rabu) bertempat di SK Sungai Keli. Sebanyak 7 buah sekolah telah menyertai pertandingan ini. Seramai 32 peserta lelaki dan perempuan telah bertanding. 




Keputusan Pertandingan:

Kategori Lelaki :

Tempat Pertama
Lee Hao Jie- SJKC Yeong Seng

Tempat Kedua
Muhammad Lutfi Bin Abd Salam- SK Sungai Samak

Tempat Ketiga
Suresh A/L Nageswara Rao- SJKT Jenderata 1

Kategori Perempuan:

Tempat Pertama
Beh Sin Zhi- SJKC Yeong Seng

Tempat Kedua
Izz Dayana Nursyahmina Binti Ibrahim- SK Hutan Melintang

Tempat Ketiga
Santhiya A/P Manikam- SJKT Jenderata 3

Setinggi-tinggi tahniah diucapkan kepada semua pemenang. Kepada yang tidak berjaya jangan berputus asa. Cuba lagi pada tahun hadapan. Wakil dari tuan rumah hanya berjaya menduduki tempat keempat. Pihak SKSK juga merakamkan jutaan terima kasih kepada semua guru besar, sekolah-sekolah kelompok 5 dan guru-guru yang terlibat secara langsung atau tidak langsung bagi menjayakan PERTANDINGAN CATUR PERINGKAT KELOMPOK 5 pada kali ini.


date Rabu, 4 April 2012
9 Mac. Satu majlis tautan kasih telah dianjurkan oleh kelab staf Sk Sungai Keli pada hari ini berikutan perpindahan  dua orang guru Sk Sungai Keli iaitu cikgu Ravi Chanter dan Ustazah Norazieta. Majlis yang diadakan di dewan Anjung Budi itu bermula pada jam 9.00 pagi dengan dihadiri oleh tetamu jemputan, guru-guru, kakitangan sekolah dan murid-murid serta para ibubapa. Kehadiran mantan guru besar Sk Sg Keli yang baru bersara iaitu En.Zainudin bin Abd.Manap turut menyerikan lagi majlis tersebut.





Cikgu Ravi yang telah bertugas selama 18 tahun di sini telah berpindah ke negeri Kedah, manakala Ustazah Norazieta telah berpindah ke Sk Teluk Buloh setelah bertugas selama 6 tahun di Sk Sg Keli. Pihak sekolah merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada mereka berdua kerana telah banyak menabur bakti dan jasa selama berada di sekolah ini. Warga Sk Sg Keli mendoakan kesejahteraan kepada mereka berdoa dan semoga mereka terus sukses dan gembira dapat bertugas di tempat yang baru...
date Jumaat, 9 Mac 2012




16 Feb. Satu kejohanan olahraga sekolah-sekolah rendah peringkat kelompok 5 daerah Hilir Perak telah diadakan bertempat di Stadium Sabak Bernam pada hari khamis 16 Febuari 2012. Sk Sungai Keli telah menghantar wakilnya dalam beberapa acara yang dipertandingkan iaitu acara 100m, 200m, lontar peluru dan lompat jauh bagi kategori bawah 10 tahun dan 12 tahun lelaki dan perempuan. Walaupun hanya memenangi satu pingat perak tetapi murid-murid Sk Sungai Keli telah menunjukkan semangat juang yang tinggi dalam kejohanan tersebut dengan usaha yang bersungguh-sungguh. Mudah-mudahan dengan usaha yang berterusan ini Sk Sungai Keli akan dapat melahirkan juara pada tahun-tahun yang akan datang.
date Sabtu, 18 Februari 2012
10 Feb. Majlis sambutan Maulidur Rasul 1433 Hijrah telah diadakan di Sk Sungai Keli pada hari Jumaat 10 Febuari 2012. Program ini bermula seawal jam 7.30 pagi iaitu bermula dengan majlis bacaan surah Yaasin dan doa, seterusnya pada jam 8.30 pagi semua guru, murid dan warga sekolah berkumpul dan berarak dari dataran sekolah menuju ke Masjid Kampung Sungai Keli sambil berselawat kepada Rasulullah SAW bersama-sama dan kembali semula ke sekolah. Majlis diteruskan dengan ceramah maulidur rasul yang disampaikan oleh Ustaz Suhaimi bin Mohd Samuri. Majlis pada hari tersebut diteruskan dengan aktiviti mewarna bagi murid tahap 1 dan melukis poster bagi murid tahap 2. Majlis yang berakhir pada jam 12 tengahari itu adalah bertujuan untuk mengingati peristiwa kelahiran Rasulullah SAW, memupuk semangat cintakan Rasulullah SAW dan mengamalkan segala ajaran yang telah disampaikan oleh baginda.
date
date Khamis, 9 Februari 2012
Ahlan Wasahlan...





Syukran Jazilan...

date Sabtu, 7 Januari 2012
ORGANISASI GURU 
TAHUN 2012


date Rabu, 4 Januari 2012