SELAMAT DATANG KE LAMAN SESAWANG SKSK

SELAMAT DATANG KE LAMAN SESAWANG SKSK

Kata-Kata Aluan Guru Besar SKSK


EN. ROZALI BIN DARUS

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.


Terlebih dahulu , marilah kita mengucapkan kesyukuran kepada Allah S.W.T kerana telah mengizinkan kita untuk menjalankan tanggungjawab dan kewajipan yang telah diamanahkan kepada kita. Justeru, wajarlah masa hidup kita ini, kita gunakan sebaik mungkin ke arah kegemilangan dunia akhirat.

Adalah penting bagi kita membentuk satu pasukan yang mantap dan proaktif sekiranya mahu melihat anak didik sekolah kita ini memenuhi piawaian mengikut acuan Malaysia dan mampu menjana kehidupan yang berkualiti untuk pembangunan dan kemakmuran negara.

Bagi memenuhi kehendak dan kemajuan teknologi terkini, Sekolah Kebangsaan Sungai Keli telah berjaya menubuhkan laman sesawang ini yang memuatkan pelbagai informasi terkini yang berguna bukan sahaja untuk kepentingan seluruh warga SKSK malah diharapkan agar laman ini mampu memberi maklumat dan informasi serta dapat berkongsi ceritera dan idea dengan masyarakat di dalam dan luar negara, InsyaAllah.

Saya penuh yakin dan percaya, warga sekolah ini dapat melaksanakan tanggungjawab dengan sepenuh hati mengikut bidang kepakaran masing-masing. Niatkanlah segala-galanya untuk Allah S.W.T dan bukannya lakonan dan riak.

VISI SEKOLAH
Pendidikan Berkualiti Insan Terdidik Negara Sejahtera.



MISI SEKOLAH
Melestarikan Sistem Pendidikan Yang Berkualiti Untuk Membangunkan Potensi Individu Bagi Memenuhi Aspirasi Negara.


SLOGAN SEKOLAH
Pelajaran Untuk Kemajuan


MATLAMAT SEKOLAH

  1. Melaksanakan Dasar Pelajaran Kebangsaan dan lain-lain rancangan yang ditetapkan oleh kerajaan dengan licin dan memuaskan.
  2. Berusaha dan mengemblIng tenaga yang ada bagi  mencapai visi sekolah.
  3. Segala masalah sekolah adalah masalah bersama serta bekerja dalam satu pasukan dan keluarga.
  4. Mengadakan hubungan yang rapat dengan badan-badan atau jabatan lain bagi kebajikan sekolah serta mengadakan perhubungan perkhidmatan yang erat dengan PPD, JPN, dan KPM.
  5. Mewujudkan hubungan yang rapat dengan ibubapa, penjaga, pelajar dan masyarakat setempat.
  6. Membentuk satu kumpulan guru yang benar-benar bersifat profesional.
  7. Mengamalkan cita-cita dan prinsip-prinsip Rukun Negara serta prinsip-prinsip perkhidmatan cemerlang.
  8. Menghayati ketaatsetiaan dalam ajaran agama.
  9. Menjalankan tugas dan tanggungjawab yang dipertanggungjawabkan dengan cekap dan sempurna serta memahami tugas dan tanggungjawab orang lain.
  10. Mengamalkan objektif  dalam sebarang penilaian, kerja-kerja sistematik dan kemaskini.

PIAGAM PELANGGAN

Kami warga Sekolah Kebangsaan Sungai Keli dengan penuh kesedaran dan tanggungjawab berikrar dan berjanji akan menumpukan seluruh tenaga dan usaha kami untuk:
  • Bersedia memberikan perkhidmatan yang cekap dan efisyen kearah melahirkan masyarakat pelajar yang cemerlang dan mewujudkan suasana penyayang yang berkualiti.
  • Menyediakan kenudahan pembelajaran asas  serta memastikan suasana persekitaran yang bersih dan harmoni untuk mewujudkan keceriaan dan ketenangan untuk pembangunan yang seimbang dari segi mental, jasmani dan intelek.
  • Bekerjasama dengan ibubapa untuk memberikan pandangan serta melibatkan diri secara langsung dan tidak langsung untuk menangani maslah dan mempertingkatkan proses pengajaran dan pembelajaran ke tahap yang lebih cemerlang.
  • Bersedia memberikan layanan dan perkhidmatan kaunter yang mesra dan ceria.
  • Bersedia melaksanakan  tugas dengan daya usaha dan inisiatif sendiri serta memastikan semua peruntukan dilaksanakan dan disalurkan dengan adil dan mengikut arahan serta pekeliling KPM, JPN dan PPD.
  • Bersedia memberi pandangan  dan teguran yang membina  serta memberikan respon yang ikhlas kepada kehendak ibubapa khasnya danmasyarakat amnya.


LAGU SEKOLAH

Sekolah Kebangsaan Sungai Keli,
Teguh gagah berdiri,
Satu matlamat satu perjuangan,
Mencapai impian murni,
Ilmu suluh kehidupan,
Panduan kita semua,
Prihatin bersatu iltizam,
Mencapai setiap masa.

Sekolah Kebangsaan Sungai Keli,
Berjasa pada nusa,
Menjunjung nilai yang murni,
Mendukung kedaulatan,
Ayuh kita warga kandung,
Kuatkan azam mencapai cita,
Tekad semangat rajin berusaha,
Menuju puncak jaya,
Menuju puncak jaya.





ORGANISASI SEKOLAH KEBANGSAAN SUNGAI KELI


Guru SKSK Tahun 2017


       

Staf Sokongan SKSK Tahun 2017





date
comments